Suami guru wanita skandal anak murid buka mulut
SEPANG: Polis mengesahkan sedang menyiasat dakwaan yang sedang tular di media sosial membabitkan salah laku seksual seorang guru wanita terhadap pelajar lelaki berusia 16 tahun. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff berkata laporan dibuat ibu mangsa pada 12 Disember lalu mendakwa suspek, 37, mencabul mangsa ketika mengulangkaji pelajaran bersama guru terbabit. “Laporan dibuat jam 10.30 malam oleh ibu mangsa yang mendakwa terdapat kesan kemerahan pada bahagian leher anak lelakinya berusia 16 tahun selepas mangsa pulang daripada ulangkaji pelajaran matematik bersama suspek.” “Siasatan mendapati kejadian berlaku pada 12 Disember kira-kira jam 4.50 petang apabila mangsa yang sepatutnya pulang ke rumah sebaliknya masih bersama suspek di perpustakaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. Menurutnya, mangsa mendakwa dipeluk dan dicium oleh suspek sehingga meninggalkan kesan kemerahan pada lehernya menyebabkan ibu mangsa membuat laporan polis. Katanya, m...