Dapur Gas Di Kedai Steambot Meletup, Tujuh Beranak Melecur Bahagian Muka Dan Tangan


 Di TikTok, seorang wanita menuntut keadilan buat keluarganya yang cedera selepas dapur gas di kedai steambot dan grill meletup ketika sedang menjamu selera.


Wanita tersebut menceritakan secara terperinci tragedi yang berlaku pada 9 Mac lalu sehingga mereka sekeluarga perlu menyambut Ramadan di hospital.



Sebagai seorang pelanggan, dia meluahkan rasa kecewa mendakwa pemilik kedai tidak bertanggungjawab.


Kecederaan yang berlaku menyebabkan mereka mendapat surat rujukan untuk berjumpa dengan pakar pembedahan plastik.


Dakwa wanita ini lagi, pemilik kedai berjanji untuk menghubungi mereka sekeluarga selepas kejadian tetapi janji tinggal janji.


Wanita ini memohon kedai supaya bertanggungjawab dengan kejadian kerana mereka dilihat masih mempromosikan bisnes seperti biasa.


Terbaru, pemilik tampil memberi respon memaklumkan pihaknya telah menziarah mangsa pada 11 Mac dan 14 Mac.

Comments